Senarai 10 wanita Muslim tercantik dan terkaya di dunia.
Jom
lihat siapakah wanita-wanita ini.
1. PUTRI AMEERAH AL-TAWEEL, ARAB SAUDI
Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel dilahirkan pada 6
November 1983. Beliau adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah
seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi.
Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan berusia 58 tahun,
disenaraikan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan
nilai bersih lebih daripada $20-25 bilion.
Putera Al Waleed merupakan pengasas dan pemilik Kingdom
Holding Company.
2. RANIA AL ADULLAH, JORDAN
Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999.
Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.
Puteri Lalla Salma dari Maghribi ini merupakan isteri kepada
Raja Mohammed VI. Ibunya, seorang guru sekolah telah melahirkan Lalla pada 10
Mei 1978.
Walaupun bergelar sebagai "The First Lady" beliau
tetap mengekalkan sifat rendah diri.
Kekayaan suaminya, Raja Mohammed VI, 50 dianggarkan
kira-kira sebanyak $2.5 bilion.
Fathima Kulsum adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad.
Dia dilahirkan di dalam antara keluarga paling kaya di dunia.
Fathima dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya sebelum
ini. Namun, kini gambar wajahnya didapati telah banyak terdapat di internet.
Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan
YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.
Anak perempuan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah
ini dilahirkan pada 12 Mac 1980.
Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di
dunia pada tahun 1997 oleh Forbes.
6. SULTANAH NUR ZAHIRAH, TERENGGANU, MALAYSIA
Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah adalah isteri
kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong ke-13.
Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1973. Keluarga beliau
tidak pernah mendedahkan nilai aset yang mereka miliki.
Namun begitu, terdapat sumber mengatakan kekayaan mereka
adalah hampir atau lebih daripada $15 bilion.
Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan
isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani.
Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih
daripada £7 bilion.
Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas,
Qatar adalah antara negara-negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di
dunia, dan salah satu negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan.
Sheikha Maitha dari Dubai dilahirkan pada 5 Mac1980. Dia
merupakan anak perempuan kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana
Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang
raja berperlembagaan Dubai.
Sheika juga merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah
memenangi pingat Perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya
dianggarkan lebih daripada $40 bilion.
Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini
dilahirkan pada 16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki,
telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu Pegawai Eksekutif di
Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.
Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha
Hanadi merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam
sejarah ekonomi Qatar.
Selain daripada menjadi penasihat khas di Standard Chartered
Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City.
Hanadi juga adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi
Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani
dianggarkan hampir $15 bilion.
Kagum? Mereka kaya samada disebabkan oleh bersuamikan orang
(Muslim) paling kaya, datang dari keluarga Muslim kaya raya atau kerana kerjaya
mereka.
Moga boleh dijadikan inspirasi untuk wanita-wanita lain.
Sumber: hasrulhassan.com - Pakar SEO Malaysia
Comments
Post a Comment