Pemilihan warna pakaian yang sesuai sangat penting sebelum kita keluar rumah. Jika tersalah pilihan boleh membuatkan kita nampak gelap, pucat, kusam dan tidak ceria. Tidak semua warna yang nampak cantik dengan orang lain sesuai dengan kita. Jadi, kita kena study dulu warna pakaian yang seuai dengan tona kulit kita.
1. Kulit Gelap/Hitam manis
Selalunya orang yang berkulit gelap atau eksotik ni rasa susah atau tak yakin dengan pemilihan warna pakaian.
Disebabkan tiada keyakinan untuk bergaya, mereka sering kali memakai pakaian yang sama dan tidak menonjol kerana stereotype yang orang berkulit gelap tidak sesuai memilih pakaian yang cerah.
Cara untuk menyerlahkan penampilan anda ialah dengan menggayakan warna cerah dan warna tanah yang lembut, merah jambu, biru laut, putih, coklet, peach, hijau muda, kelabu.
Elakkan memakai warna gelap yang seakan- akan warna kulit. Seperti hitam, coklet gelap, maroon, biru gelap dan hijau gelap kerana ini akan membuatkan anda kelihatan lebih gelap dan tenggelam.
2. Kulit Putih/Cerah
Mereka yang mempunyai ton warna ini sangat bertuah kerana mudah untuk mereka membuat pemilihan warna baju.
Jika anda berkulit putih/cerah serlahkan penampilan anda dengan mengayakan warna-warna ceria dan terang seperti hijau pucuk pisang, merah, hitam dan biru terang.
Anda juga boleh kelihatan lebih elegan jika memakai pakaian lembut seperti warna pastel.
3. Kulit Sawo Matang
Kebanyakkan orang Malaysia atau orang Melayu berkulit sawo matang.
Untuk anda yang berkulit sawo matang sangat sesuai untuk warna ungu, maroon, dan silver. Pemilihan warna seperti ini, akan membuatkan anda kelihatan menyerlah.
Harus diingati anda yang berkulit ini tidak sesuai untuk penggunaan warna hijau lumut, hijau zaitun, merah dan coklat gelap, kerana ia akan membuatkan anda kelihatan lebih kusam.
So, lepas ni anda akan lebih bijak bergaya dan berbelanja. Lebih baik kita mencegah sebelum kita buat banyak lagi pembaziran.
Comments
Post a Comment