TAK SALAH KALAU SIS NAK PAKAI BEG MACAM TU SEBAB...










           



Korang perasan ke perasan cara korang pegang beg tangan? Selalunya kita akan pegang dgn cara yg kita selesa, maksudnya benda tu naturally la kita buat. 


Apa yg korang buat tu bukanlah keputusan yg bersahaja atau spontan, tapi cara korang pegang beg tangan tu menunjukkan personaliti diri, menurut pakar gerak-geri tubuh dan disokong oleh Kathlyn Hendricks, seorang ahli psikologi.
Jom check cara korang pegang beg tangan.

1) Disangkut Pada Bahu Sambil Memegang Beg 


Anda adalah jenis manusia yang sangat praktikal dan sungguh berhemah! Anda juga seorang yang pragmatik dari setiap segi.



2) Disangkut Pada Bahu & Dibiar Menghayun Secara Bebas



Wanita sebegini adalah seorang yang periang, mudah bergaul dan tidak mudah terbeban dengan masalah yang dihadapi. Tahniah, kerana anda seorang yang begitu positif! 
Tetapi jaga-jaga, kita sebagai manusia harus berwaspada di dalam apa sekalipun yang kita lakukan jika tidak mahu merana kemudian. 


3) Diselimpang Pada Badan Sambil Terletak Di Bahagian Hadapan 




Sering berhati-hati dalam setiap perbuatannya. Sangat pemalu namun sering juga mempunyai perasaan teragak-agak. Anda adalah seorang wanita yang memiliki sifat berani, tidak lokek untuk mempertahankan diri. 


4) Diselimpang Pada Badan & Terletak Di Bahagian Belakang






Cara seseorang wanita yang menggayakan beg dengan cara ini memperlihatakan dirinya yang bersifat berdikari. Dirinya ibarat seorang pahlawan. 
Jarang sekali mengambil kisah tentang apa yang orang fikirkan tentang mereka serta gaya mereka. Apa yang penting adalah kebahagian dan kesenangan yang mereka kecapi. Diri sendiri adalah yang paling mustahak!


5) Disangkut Pada Pelipat Tangan Berhampiran Siku







Wanita sebegini cenderung untuk mempamerkan status dan pangkat diri mereka. Bukan bersifat angkuh, tetapi lebih berkeyakinan. 
Bukan itu sahaja, wanita yang sering membawa beg tangan seperti ini merupakan seorang yang praktikal kerana bebas bergerak tanpa batasan, mampu melakukan banyak pekerjaan dalam satu-satu masa.


6) Menjinjit Beg Secara Bersahaja







Kadang-kala menjinjit beg yang kecil dan ada juga masanya mereka gemar menjinjit beg yang besar. 
Tetapi, apabila seseorang itu memilih untuk menjinjit beg mereka ke hulu dan ke hilir secara bersahaja, mereka sebenarnya mahu mempamerkan kepentingkan pangkat mereka, sangat berkaliber. 
Mereka beranggapan bahawa pekerjaan adalah sesuatu yang mustahak dan harus di pandang serius!


Yang paling penting berhati-hati..nak stylo pun jgn sampai kena ragut..hehehe


Comments