SAYA REDHO DENGAN KEADAAN SAYA...BUAT MASA NI LAA..








Semua orang idamkan body shape super model...TAPI.....sifat hampa yang main bedal je semua yang kat depan mata KIMSALAM la jawabnya..berpijaklah di bumi yang nyata...hehe...hampa sayangilah apa yang hampa ada..kat bawah ni ada beberapa contoh shape2 body hampa...satgi sambil baca sambil tengok cermin naa..



(1) Bentuk Tubuh Epal

Dikatakan berbentuk epal kerana tubuh jenis ini cenderung bulat pendek dan bahagian pinggang membesar.

Tips Pemakaian :



  • Warna-warna yang ceria dan terang di bahagian atas tubuh dan warna gelap bahagian bawah tubuh adalah kombinasi yang sesuai. 

  • Gunakan tali pinggang dengan ukuran sederhana untuk tampil menarik.

  • Pilih dress atau skirt berbentuk A, dan cari warna-warna gelap untuk memberikan kesan langsing.
  • Kepada yang tidak memakai tudung, gunakan pakaian dengan bentuk leher V yang bagi menyeimbangkan tubuh.
  • Hindari pakaian dengan bentuk leher ‘turtleneck’ kerana ia menampakkan anda semakin berisi. 
  • Elakkan manik-manik di bahagian pinggang.
  • Cari baju yang agak longgar sehingga membantu menutup bagian pinggang.
  • Hindari aksesori pinggang terlalu banyak agar pinggang tidak terlihat makin lebar dan gemuk.



(2) Bentuk Badan Buah Pear



Ciri wanita berbentuk tubuh buah pear bermaksud tubuh lebih besar di bagian bawah pinggul dan paha dan bahagian atas kecil secara tidak langsung pinggang kelihatan kecil dan ramping.

Tips pemakaian :


  • Pakaian dengan corak pelbagai dan berwarna terang sesuai dipakai pada bahagian atas. 
  • Pakaian atas (bahu/lengan) yang lebar, berenda-renda, detail yang banyak juga mampu membuatkan tubuh bahagian atas anda kelihatan sedikit besar sekaligus ia menyeimbangkan tubuh.

  • Untuk tubuh bahagian bawah, pilihan seluar jenis basic cut dan seluar slim/boot cut sangat sesuai.

  • Hindari pakaian atasan yang berwarna gelap dan seluar sendat di pinggul kerana ia akan mononjolkan bentuk pinggul anda yang besar.
  • Cari aksesoris yang boleh dipakai di leher sehingga dapat mengimbangi area pinggul dan paha.
  • Hindari memakai pakaian yang ketat. 



(3 ) Bentuk tubuh 4 Segi atau Brick/Rectangle



Wanita dengan bentuk tubuh ini memiliki ciri-ciri ukuran payudara dan pinggul sama ukuran dan kelihatan tubuhnya lurus.

Tips pemakaian :


  • Pilih pakaian dengan struktur geometris dengan tali pinggang atau pakaian yang memiliki detail pita dan kerut yang simple.
  • Hindari pakaian jenis yang tipis dan ringan. 
  • Jangan mengenakan terlalu banyak detail agar kesannya tidak terlalu serabut. 
  • Untuk aksesori juga jangan terlalu banyak.





(4)  Bentuk Jam pasir



Wanita dengan bentuk tubuh ini dikatakan ideal. Mereka yang memiliki bentuk tubuh jam pasir memiliki bahu dan pinggang sama, tubuh mengecil dibahagian pinggan

Tips pemakaian :


  • Mereka yang memiliki bentuk tubuh jenis ini sangat bertuah kerana anda sesuai memakai semua jenis pakaian. 
  • Untuk bahagian bawah tubuh digalakkan mengenakan seluar dengan potongan A-line agar anda kelihatan ramping. 
  • Pakailah pakaian dari jenis fabrik yang lembut dan beralun. 
  • Dari segi pemilihan warna pula, kebanyakan warna adalah sesuai.



Ok..sekarang baru hampa paham kan...awat orang lain pakai helokk jaa nampak..tapi bila hampa pakai..nampak pelik...sebab shape setiap orang tak sama..
So happy shopping baju baru..!

Comments