Wanita yg dikategorikan Plus Size atau bertubuh gempal ni selalunya mempunya masalah dari segi penampilan. Sesetengah dari mereka tahu bergaya tetapi pilihan pakaian yg sesuai sangat terhad.Walau apa pun bentuk badan kita..tak perlu rasa rendah diri dan malu untuk bergaya..keyakinan yg tinggi akan terlihat seseorang itu lebih cantik berbanding rupa paras..cantik itu subjektif...yang penting cara penampilan dan pembawakan diri itu lebih penting..So girls get up and dress up..conquer the world!!!
1.TAK SALAH PILIH WARNA TERANG
Mereka yang punya tubuh berisi tak semestinya hanya pilih warna gelap. Jangan takut bermain warna kerana rona itulah yang akan memberi keindahan.
Jadi gabungkan dua warna ini.
Pilih baju berwarna terang disamping seluar atau skirt berwarna gelap supaya pandangan orang lain lebih tertumpu pada pakaian berbanding bentuk tubuh anda
2. ELAK BAJU SIZE BESAR
Ramai wanita cenderung untuk menutup lebihan lemak pada pada tubuh dengan memakai baju longgar atau pakaian besar. Sebenarnya, ia akan membuatkan anda kelihatan lebih besar.
Pakai pakaian yang sesuai dengan bentuk tubuh anda. Pastikan anda tidak membeli pakaian terlalu kecil saiz atau terlalu besar. Pilih pakaian yang mempunyai getah di bahagian pinggang supaya menampakkan kelangsingan badan.
3. SIAPA KATA ANDA TAK SESUAI PAKAI AKSESORI?
Boleh saja jika anda buat pilihan yang betul. Jika punya pinggang yang besar, elak tali pinggang yang lebar kerana ia akan membuat pinggang anda kelihatan lebih besar.
Wanita yang mempunyai tubuh yang besar perlu memilih baju dengan lengan yang longgar. Cuba untuk memakai perhiasan berani atau aksesori seperti beg tote besar atau clutches kerana aksesori ini menjadi perhatian berbanding badan anda.
Memakai kasut tumit membuat kaki kelihatan lebih ramping dan membantu mengimbangi bahagian badan. Selain itu, skaf juga merupakan aksesori yang sesuai dipakai di pangkal leher jika anda mempunyai leher yang agak besar. Pilih skaf dari material nipis dan lembut supaya tidak nampak tebal.
4. HATI-HATI PILIH CORAK
Wanita plus size perlu jauhkan diri dari memilih corak yang besar. Reka bentuk dan perincian halus dan rumit adalah lebih sesuai untuk anda.
Baju dengan leher ‘V’ lebih sesuai kerana memberi kesan langsing serta-merta. Begitu juga corak jalur menegak adalah lebih baik berbanding dengan corak melintang.
5. JIKA ANDA RENDAH
Sekiranya anda bukan tergolong dalam wanita tinggi, pastikan anda bergaya dengan potongan seluar yang betul. Jangan pakai seluar yang senteng dan ketat seperti skinny jeans. Ia akan menonjolkan bentuk kaki anda yang besar dan pendek. Seeloknya pilih seluar potongan lurus dan palazzo dari fabrik sifon.
So dah tahu kann..tak perlu nak sorok kecantikkan korang tu..tonjolkan kelebihan masing2..yang penting konsep patuh syariah nak kena jagalah,,hehehe good luck for a new look!
#SASAFAFARARA
Comments
Post a Comment