Korang pernah ke experience benda yang mememalukan? Macam KETIBAS? Ada yang tak tahu ke KETIBAS tu apa? Tu bahasa lembut dia...Kalau nak kasar sikit KETIAK BASAH.
Ha...mesti sis tengah throwback kan...time sis maluu sangat bila baju sis ada peta besar.
Seriously moment tu paling menjatuhkan maruah...lagi malu bila ada orang nampak & tegur sis punya ketiak basah.
Mula la sis hilang confident..nak2 bila pegi kenduri. Orang ajak selfie & wefie tapi sis kalau boleh tak nak pose langsung sebab takut ada yang ternampak KETIBAS sis.
Sis mesti nak tahu cara nak elak ketibas tu kan??
Meh baca petua2 ni supaya sis lebih yakin nak keluar rumah.
DIET PEMAKANAN
Makanan antara faktor utama terjadinya perpeluhan tubuh yang banyak. Pilih makanan yang tidak terlalu pedas dan panas kerana dua makanan ini merupakan antara punca masalah ketiak basah berlaku. Juga kurangkan makanan berempah ya kalau tidak mahu masalah lain timbul.
GUNA DEODORANT ATAU ANTIPERSPIRANT
Ketiak berpeluh akan membawa kepada bau badan. Jadi, jangan terover confident ya. Sila pakai deodorant atau antiperspirant. Selain mengawal bau badan, kedua-dua item ini juga mampu mengawal perpeluhan. Untuk pemilihan deodorant, pilih yang kurang kandungan perfume kerana ia hanya akan menambah pembiakan bakteria dan peluh pada ketiak.
BAKING SODA
Menggunakan baking soda di dalam campuran air nisbah 2:1 dapat mengurangkan kadar pengeluaran peluh pada ketiak. Amalkan berterusan selama seminggu dan lihat hasilnya.
FABRIK SELESA
Jangan sesekali memilih fabrik linen dan tidak serap peluh. Material jenis ini hanya akan merangsang perperluhan dan menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. Sebaiknya, pilih material jenis cotton sejuk dan serap peluh yang sesuai digunakan untuk ke mana-mana.
KURANGKAN STRESS
Belajar untuk tenang dan mengatur jadual harian dengan teratur. Anda memang seorang yang clumsy? belajar cara untuk atasinya ya. Green tea antara agen nyah stress, jadi amalkan sehari secawan selain mengamalkan gaya hidup sihat. Ia dapat membantu mengawal emosi sekaligus dapat menyelesaikan masalah perpeluhan anda.
Comments
Post a Comment