JOM SIHAT DI BULAN RAMADHAN DENGAN 7 TIP NI!!



Selamat berpuasa semua #alrafas..dah longgar sikit kan baju tuu..huhu..setiap hari mommies2  lah yg pening dok pikir nak masak ke tunjuk2 je..hehe...yang penting juadah tu seimbang,sihat and of couse la sedap untuk untuk keluarga tersayang..
Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ni kita kenalah banyakkan amal ibadah kan...Tapi kalau badan tak sihat tak boleh jugak. So jom tengok tips2 sihat ni supaya mudah untuk korang beribadah bulan puasa ni. 


1. MINUM AIR SECUKUPNYA


Korang mesti minum air mineral sekurang-kurangnya 2 liter antara time berbuka & bersahur. Bawak air bila pegi terawih 

2. BERSAHUR


Penting ni walaupun korang memang mengantuk sangat, tapi disebabkan tubuh kita ni perlukan tenaga utk sepanjang hari so kena la bersahur jugak.

3. AMBIL PROTEIN SEMASA SAHUR


Bila dah bangun tu jgn la minum air ja. Korang kena la ambil protein mcm daging,ayam, ikan dan lain2 supaya kekenyangan tu tahan lebih lama & dpt membekalkan tenaga.

4. HIDANGAN SIMPLE TAPI BERKUALITI & SEIMBANG.


Makanan yang berat macam berlemak, berminyak & manis korang kena elakkan. Tapi kalau dah craving sangat tu boleh, tapi jangan la ambil dalam kuantiti yang banyak.

5. BERHENTI MEROKOK


Kalau yg still lagi merokok tu, bulan Ramadhan ni la waktu yang paling baik sekali utk berhenti merokok. Sebab dah puasa seharian daripada makan & minum termasuk la merokok, means korang boleh ja nak tahan diri tu dari cari rokok.

6. REHAT SECUKUPNYA 


Kena tidur awal supaya korang boleh bangun awal pagi utk bersahur. Sebelum masuk waktu Zohor pulak, digalakkan korang tidur seketika supaya boleh recharge tenaga.

7. ELAKKAN MINUMAN BERKAFEIN


Untuk mengelakkan proses dehydration berlaku lebih cepat, korang kena la jauhi dari minum minuman berkafein. 


Ada yg tertelan air liur ke?? hehe..Tabahkan hati yer tunggu azan Maghrib.
Yang penting jangan sia-siakan bulan yang Barakah ni...sebab bersahur tu ada keberkatannya bukan utk tenaga sahaja. Masa nilah kita nak kejar Pahala sebanyak mungkin. 
So jom la korang start amalkan tip2 ni mana tau boleh pakai Kebaya time raya nanti.
Good Luck.

#SASAFAFARARA

Sumber: FGV

Comments