JAGA-JAGA SIS..KALAU TAK TAHU CARA YG BETUL MEMBAZIR NANTI!!


Mesti banyak aksesori korang time2 bulan Syawal ni kan? Harga pula mahal-mahal (maybe ribu2..hehe) Yela #rayakansebulan, so aksesori pun kena la banyak pilihan & design. Tapi kalau ada berkotak-kotak pun tak jaga baik-baik memang rugi la. Untuk mengelakkan pembaziran duit korang, meh cuba tip penjagaan aksesori ni.

Elakkan Kena Minyak Wangi
Minyak wangi yang bersifat alcohol boleh menghakis warna dan membuatkan aksesori bertukar warna kepada pudar dan hitam. Pastikan korang sembur minyak wangi di setiap point terlebih dahulu sebelum pakai aksesori kesayangan tu.

Simpan Dalam Bekas Khas
Khaskan bekas simpanan aksesori seperti kotak dan dust bag. Aksesori yang dibiarkan terdedah dalam persekitaran lembab boleh menyebabkan aksesori berubah warna dan berkarat.

Sapu Nail Polish
Pasti sukar untuk menjaga aksesori yang mempunyai perincian manik mahupun permata. Kadang-kala tertanggal dari soketnya tanpa disedari. Sapukan nail polish ke serata permukaan aksesori untuk tujuan itu. Nail polish bertindak sebagai gam yang memegang kesemua perincian agar tidak tertanggal. Selain itu, nail polish juga boleh bertindak sebagai shelter kepada aksesori agar tahan lama.

Elak Terkena Losyen
Tindak balas antara air, udara dan bahan di dalam losyen akan memberikan efek karat kepada aksesori jenis nikel. Sebaiknya, elakkan daripada terkena tiga bahan ini tambahan jika anda berpeluh. Elakkan memakai losyen di bahagian pemakaian aksesori bagi memastikan tiada tindak balas kimia berlaku yang dikhuatiri menjejaskan aksesori dan kulit korang.


Macam mana? Dah faham kan? Cuba2 la dekat rumah yer, lebih baik korang jaga daripada kena berhabis banyak beli yang baru. Good Luck!!


#SasaFafaRara 

Comments