Melancong seorang diri sudah menjadi trend,ramai hijabi suka travel solo yolo..seronok kan dapat tengok tempat orang..banyak yang kita bole belajar...selain tempat yang cantik dan pemandangan yang indah nak upload kat Instgram atau media sosial memang menjadi idaman setiap orang.
Perkara biasa kalau melancong dalam group atau kumpulan tak kira 2 atau 3 orang tak pun dalam kumpulan yang besar,tapi menjadi perkara baru bila timbul ramai hijabi memilih untuk melancong solo"solo traveller"
Sebelum hijabi nak pergi melancong kena kaji atau research dulu tempat yang korang nak lawati memang keselamatan wajib diambil kira sebelum pergi kesesuatu tempat sudahlah tempat tu kita tidak biasa pergi..kena selalu bertanya orang yang telah pergi ke tempat-tempat tersebut.
Ini tips-tips yang perlu ambil tahu sebelum pergi melancong seorang diri:
1.Kaji destinasi anda.Lihat kadar jenayah di negara itu.Jika tempat itu tidak selamat ,jangan pergi bersendirian.Tiada maknanya keseseronokkan cabaran ketika bercuti jika nyawa korang melayang.
2.Elakkan memakai warna yang terang .Cuba berpakaian mengikut fesyen masyarakat di sana (semestinya yang sopan).
3.Jangan terlalu berhias dengan memakai pakaian yang mahal dan mewah.Ini akan membuatkan korang menjadi sasaran orang jahat .
4.Elakkan menetap di hotel murah,sebaliknya pilihlah hostel.
5.Jika korang dicabul secara seksual,jangan panik tetapi segera berlalu daripada kawasan itu dan pergi ke tempat yang ramai orang dan selamat.
6.Jangan bawa passport dan segala kad bank bersama korang.cukuplah dengan bawa satu kad yang penting ,IC dan sedikit wang tunai.Jika apa-apa terjadi,korang masih dapat keluar daripada negara itu dengan mudah.
7.Kongsi rutin harian korang bersama keluarga atau teman rapat.Jika sesuatu terjadi dan korang hilang,sekurang-kurangnya ada seseorang yang tahu kemungkinana tempat yang korang tujui.
8.Jangan kongsi lokasi anda secara online kerana risau orang jahat akan menjadikan korang sasaran mereka.
9.Pastikan korang simpan segala nombor kecemasan terutamanya polis.
10.Jangan lupa untuk bergembira girls..huhuhu
Melancong bersama keluarga atau kawan-kawan memang seronok.namum jika hijabi memilih untuk melancong seorang diri banyak cabaran dan risikonya.Namun jika pandai jaga diri,InsyaAllah semuanya berjalan lancar dan tawakal kepada Allah.Enjoy the trip!!!
kredit: Malissa Ali
Comments
Post a Comment