JIMAT DUIT SIS DENGAN SPA DIY!



Ramai dikalangan wanita menggunakan ais yang dipenuhi dengan jus kentang,jus lemon dan jus delima untuk meremajakan kulit dan mengeluarkan bintik-bintik hitam. Bahan untuk menghilangkan ini mudah didapati dan boleh dilakukan dirumah sahaja.. mudahkan .. Ia juga memberikan faedah yang luar biasa untuk kulit kita dan membuatkan ia kelihatan sempurna sekali. Anda harus menggunakan kiub ais ini dua kali sehari dan kulit anda akan bersih. Cara ini boleh menyegarkan wajah anda dan dapat mengeluarkan jerawat, bintik hitam dan kedutan selama-lamanya. Jus lemon dibungkus dengan banyak nutrient, jadi ia boleh digunakan dalam rawatan dirumah untuk merawat pelbagai masalah kulit samada sensitif ataupun normal. Ia mempunyai sifat pelunturan kulit semula jadi yang akan mencerahkan, memutihkan dan menghaluskan kulit kita.

Bahan-bahan :
Ø  1 biji kentang
Ø  ½ buah delima
Ø  ½ biji lemon
Ø  Dulang ais

Bagaimana cara untuk membuatnya mudah sahaja :
1.      Kupas kentang dan parut
2.      Masukkan ke dalam pengadun dan tambah ½ mangkuk buah delima dan 1 sudu air.
Campurkan campuran ke dalam pemerah jus dan masukkan jus lemon dari setengah lemon ke dalamnya
3.      Campurkan dengan baik dan tuangkan campuran ke dalam dulang ais kiub
Letakkan dulang kiub ais dalam peti sejuk selama 6 jam
4.      Selepas itu, ambil ais kiubdan gosokkannya di kawasan yang bermasalah
Kemudian basuh muka anda dengan air sejuk
Ulangi dua kali sehari


Kelebihan jus kentang untuk kulit :
v  Merawat masalah kulit
v  Merawat kulit sunburn matahari
v  Mengelakkan kedutan di wajah
v  Kurangkan bulatan gelap dibawah mata(eyeback)
v  Kurangkan kebengkakan muka
v  Mempunyai kesan pelunturan semulajadi
v  Kulit menjadi glowing
v  Mempunyai kesan anti-penuaan
v  Rawat bengkak mata
v  Mengeluarkan bintik hitam di wajah


Selamat mencuba yer!


#alrafa #coveryourcurve

Comments