Sis Tak Pernah Pakai Seluar Sebab Malu?


Setiap hari ada sahaja fesyen baru di pasaran menjadikan pengikut fesyen tegar sentiasa mencari kelainan dalam berpakaian.

Tidak terkecuali bagi pengikut fesyen muslimah, kerana wanita yang mengayakan fesyen muslimah juga mencari sesuatu design yang bersesuaian dengan personality masing-masing.

Bagi wanita muslimah moden mereka memerlukan pakaiaan yang longgar dan selesa untuk dipakai supaya masih mengikut cara pemakaian sebenar bagi wanita muslimah & tak perlu takut atau malu bila nak cuba gaya or style yang baru. 

Ciri-ciri pakaian muslimah sudah tentunya melambangkan kesopanan dan menutup aurat seperti yang disarankan oleh agama.

SKINNY JEANS & HIGH HEELS





























Gaya paling asas mestilah blouse oversize dipadankan dengan seluar skinny dan kasut tumit tinggi.


Tapi kena berhati-hati pada si pemakai yang bertubuh gempal kerana blouse atau baju tidak sesuai jika terlalu besar kerana si pemakai tampak lebih besar dari size sebenar, kasut pula bergantung kepada keselesaan.

WAIST BELT






Tali pinggang diperlukan jika korang tak selesa menggayakan blouse besar,selain nampak bergaya dan tidak membosankan.

Korang boleh sahaja mengenakan pelbagai jenis rekaan tali pinggang yang menarik sesuai dengan blouse korang, nanti tak lah nampak kosong dan selekeh apabila memakai dengan blouse polos.

TUCK IN





Korang yang tak biasa tuck in bole jugak try gayakan dengan masukkan lebihan baju oversize ke dalam seluar jika blouse yang korang pilih tu material dari fabrik nipis.

Hampa akan nampak kemas, stylish dengn gaya tuck in tak kisahlah hampa pakai seluar apa pun yang penting outfit hampa sesuai  dan tampil cantik dengan blouse oversize.


TUCK JUST A PART OF IT




Korang suka tak pakai baju oversize yang tebal, kalau baju korang tu dah lama tak pakai sebab tak tau nak gayakan,

Boleh lah korang try gaya tuck in kan sebahagian depan baju ke dalam seluar.tak perlu lah nak tuck in semua ke dalam seluar nanti akan nampak berbonggol dalam seluar dan nampak selekeh.

Memang menjadi trend sekarang dan popular orang menggayakan blouse oversize tuck in hanya sebahagian sahaja ke dalam seluar menjadi ikutan ramai.

PLEATED SKIRT




Skirt memang wajib ada dalam setiap almari wanita. Sangat manis sesiapa yang mengayakan skirt, tampak sopan dan ayu sahaja. 

Semua blouse boleh dipadankan dengan skirt tak kisahlah blouse pendek atau labuh.

Baju oversize sangat cantik dipadankan dengan pleated skirt menjadi trend baru masa kini.

Pelbagai warna dan corak pleated skirt di pasaran. Sudah ramai yang berani menggayakan blouse oversize dengan skirt.

Baju oversize yang dipadankan dengan skirt jugak perlu di tuck in supaya penampilan korang tak selekeh dan kelihatan stylish dan si pemakai tampak seorang yang mengikuti perkembangan fesyen semasa.

Yang penting korang kena berani cuba dulu style-style ni, baru la tau sesuai or tak. Jadi selamat mencuba.

-sasafafarara


Comments