SIS YANG BERTUDUNG WAJIB TAHU 4 TIP NI!




Memilih tudung mengikut warna yang sesuai dengan pakaian kadang-kadang menjadi masalah yang besar kepada wanita. Jika salah boleh mencacatkan penampilan. So berhati-hati yer ladies.

Bukan semua tudung sesuai dengan pakaian yang kita pakai. Sampai stress memikirkan yang mana tudung dan baju yang sesuai untuk dipakai setiap hari. Lagi stress kalau korang memang banyak jenis pilihan tudung.

Memang cukup struggle untuk memilih tudung yang betul - betul match dengan pakaian kan?itu kerana korang mempunyai pakaian yang berlainanwarna dan rekaan selain dari warna hitam.

Kebanyakkan orang mempunyai masalah sama iaitu masalah dalam memilih  tudung yang sesuai dengan pakaian dan mengambil masa yang lama untuk match pakaian dengan tudung.

Ok,jom kami sharekan tips dan gaya yang ideal gayakan tudung yang sepadan dengan pakaian korang.


1. TUDUNG BERWARNA NEUTRAL





Tudung berwarna putih,hitam dan beige boleh dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian korang yang dah melimpah ruah dari almari tu. Tak kisah lah pakaian korang berwarna - warni,mempunyai jalur atau block warna.

Warna-warna neutral merupakan warna yang wajib ada dalam almari korang dan warna  selamat jika korang dah buntu untuk matchkan dengan baju korang.


2. PILIH WARNA YANG LEBIH CAIR DAN CERAH





Warna tudung yang lebih cerah atau warna pastel sesuai dipadankan dengan apa sahaja warna pakaian korang. Tak semua orang suka padankan warna tudung sama warna dengan baju.

Tips untuk dapatkan warna tudung yang match korang boleh pilih warna tudung ikut warna skirt atau seluar yang korang pakai.

Barulah nampak seimbang mudahkan. Warna yang korang nak pakai tak lebih dari tiga warna, kalau tak korang nampak serabut.


3. TUDUNG PRINTED ATAU BERCORAK




Ada orang yang suka sangat pakai tudung corak. Macam-macam design dan material yang berbeza.

Tudung printed nampak mewah kalau pandai menggayakan dengan pilihan pakaian plain.

Tapi ada juga wanita muslimah yang mengenakan tudung corak dengan pakaian bercorak. Kalau salah pilih corak boleh nampak macam pasu bunga bergerak hehehe.


4. TUDUNG BERWARNA NEUTRAL DENGAN PAKAIAN BERCORAK




Jika korang memang suka memakai pakaian bercorak,korang tak boleh salah dalam memilih tudung.

Korang perlu pilih tudung yang ada warna sama dengan salah satu warna dalam corak pakaian korang.

Korang boleh jugak memilih untuk memakai tudung berwarna neutral seperti putih, hitam dan beige.

Jadi korang dah tak perlu pening lagi nak pilih warna apa yang sesuai dengan baju korang.


GUNAKAN PALET WARNA UNTUK MEMADANKAN WARNA YANG BERBEZA


Suka mencampurkan dan memadankan warna yang berbeza,korang boleh try menggunakan palet warna sebagai panduan untuk melihat warna.

Saling melengkapi dengan cara yang terbaik seperti coklat dan hijau,biru dan merah jambu,kuning dan merah dan warna kelabu dipadankan dengan ungu.

So, tak menjadi masalah bagi korang untuk menggabungkan warna –warna kesukaan korang. Kalau dah suka pun janganlah sampai semua warna nak dipakai dalam satu masa.

Dah dapat idea kan apa yang korang nak gayakan. Jangan jadi mangsa fesyen tau gaiss!



-SasaFafaRara
























Comments