10 JENIS SELUAR HIJABI WAJIB PERLU ADA!



Wanita dan fesyen tak dapat dipisahkan dah macam kembar kan, korang mesti ada seluar yang menjadi favourite.

Tak kira lah material apa pun tapi mesti suka pakaikan. Sampai dah lusuhlah orang tengok.

Salah satunya adalah jeans yang korang boleh pakai berulang kali, tidak kiralah sama ada ketika korang dress up habis atau pun pakainya secara kasual dan ia tidak pernah mengecewakan.

Korang mesti nak mencari seluar selain seluar jeans, setiap hari ada sahaja design baru yang keluar di pasaran. 

Pelbagai design, material samaada corak mahupun polos. Untuk korang yang sentiasa mahu tampil cantik dan bergaya dimana sahaja.

Design seluar palazzo menjadi satu fesyen yang sangat digemari oleh wanita terutamanya korang  yang berimej muslimah kerana dengan  potongan  yang longgar dan sangat lebar serta kembang sehingga ke bahagian bawah. 

Seluar palazzo begitu popular sebagai gaya wanita muslimah kerana Malaysia mempunyai cuaca panas dan lembab sepanjang tahun.

Material yang longgar dan cenderung menjadi menyanjung dalam cahaya, kain yang sesuai untuk cuaca panas, seperti silk crepe, jersey dan tekstil benang semulajadi yang lain adalah kain yang popular untuk design seluar palazzo.

CULOTTE PANTS

Seluar culotte adalah seluar longgar yang kelihatan lebih seperti skirt ketika anda memakainya, culottes menggambarkan skirt yang berpecah atau bercabang dua atau pakaian yang digantung seperti skirt tetapi sebenarnya ia seluar.

Skirt berbelah juga telah digunakan untuk bagi wanita muslimah lebih banyak kebebasan dan kesenangan untuk melakukan apa-apa aktiviti contohnya berkebun, membersih, menunggang basikal dan sebagainya dan ia akan tetap kelihatan seperti seseorang memakai skirt.

Culottes secara rasminya menjadi seluar baru yang mesti dimiliki untuk wanita dalam fesyen muslimah terkini. Seluar ini juga boleh dipakai secara formal ataupun kasual.

DRAWSTRING HIGH-WAIST PANTS

Seluar jenis high waist ni atau seluar yang direka tinggi di bahagian pinggang, biasanya 8 sentimeter @ 3 inci lebih tinggi daripada pinggang dan mempunyai tali di pinggang yang boleh ditarik ketat @ longgar untuk dipadankan sama dengan pinggang. 

Seluar panjang pinggang tinggi biasanya panjang 10 inci @ lebih. Seluar jenis ini sangat digemari dikalangan wanita muslimah yang ingin kelihatan trendy. 

Korang boleh dapatkan seluar ni di kedai –kedai pakaian atau membeli secara online.

TAILORED PANTS

Korang yang suka pakai seluar yang mengikut bentuk kaki sangat sesuai seluar jenis tailored. Seluar ni boleh dijahit mengikut saiz kaki seseorang individu itu, jika korang ada masalah dalam mencari seluar yang betul-betul sesuai dengan korang. 

Boleh jugak  membeli kain yang sesuai untuk dibuat seluar dan korang boleh dapat saiz seluar yang sesuai mengikut saiz kaki sendiri atau boleh membeli sahaja seluar dan boleh alter mengikut size yang di ingini.

CARGO PANTS

Seluar kargo @ seluar tempur kerana asalnya untuk tujuan ketenteraan, design seluarnya  panjang dipotong yang direka bentuk untuk aktiviti, luar dan reka bentuknya dibezakan oleh satu atau lebih poket kargo.

Seluar kargo ni juga telah menjadi terkenal di kawasan bandar kerana mereka mudah untuk membawa barang semasa berjalan kaki.kerana mempunyai banyak poket untuk meletakkan barang.

Seluar ini sesuai untuk muslimah yang ingin tampil berbeza apabila keluar berjalan. 

Terutamanya muslimah yang suka travel so dah tak payah nak penuhkan beg bawa seluar banyak-banyak.

FLARED ATAU RUFFLED PANTS

Seluar flared ruffled atau dikenali sebagai seluar beli bottom adalah gaya seluar yang lebih lebar dan kembang dari lutut ke bawah, membentuk seperti bentuk loceng di seluar.

Seluar ini juga ada yang hanya kembang dibawah sahaja dan ada juga yang mempunyai ruffle sekali. 

Jika anda masih tidak mempunyai seluar ini, anda boleh dapatkannya sekarang di butik yang berdekatan tempat anda atau pun ada juga jual online seperti di Instagram dan facebook.

FLORAL PANTS

Seluar floral pula adalah seluar yang mempunyai corak dan semestinya ianya corak bunga. 

Terdapat jenis bunga yang berlainan corak dan juga warna yang korang  boleh lihat juga dapatkannya, tidak kira seluar apa pun tapi mesti ada corak bunga-bungaan.

Antaranya ialah palazzo, culotte, bell bottom dan high waisti. Korang dah asyik rasa bosan pakai seluar tanpa corak, kini korang boleh mula gayakan seluar floral dengan pelbagai design dan warna –warna yang menarik.

STRIPED PANTS


Memberikan gaya dan penampilan berbeza dengan mengayakan seluar corak striped atau seluar yang bercorak jalur yang berlainan warna. 

Jalur yang popular pada masa kini ialah jalur-jalur menegak dan melintang yang banyak di pasaran.

Seluar ini mempunyai jalur berulang-ulang yang selari dan ada juga yang mempunyai corak jalur yang berlainan dan berbeza dari banyak segi.

Seluar striped juga mempunyai jenis seluarnya, antaranya ialah palazzo, bell bottom atau flared, culotte, high waist dan lain-lain seluar.

TRACK PANTS

Selain seluar jeans seluar track telah menjadi fenomena kini  bukan lagi seluar yang hanya di pakai untuk bersukan malah seluar track kini dipakai dalam banyak situasi yang berbeza.

Seluar track ini ada jenis untuk bergaya gaya, moden atau juga dikenali sebagai gaya fesyen sportwear dan ia telah menjadi seluar fesyen terkini.

Material seluar track jugak dari pelbagai bahan seperti kain velvet atau satin.

Penggemar seluar track dari pelbagai peringkat usia.

Satu ciri yang boleh bezakan seluar track ini adalah fesyen yang biasanya tidak mempunyai getah elastik di pergelangan kaki dan seluar track fesyen popular dengan jalurnya di bahagian tepi seluar.

HAREM PANTS

Seluar Harem adalah seluar fit longgar yang diperbuat daripada kain lembut yang mempunyai cekak di pergelangan kaki atau buku lali dan biasanya dipakai oleh wanita.

Walaupun seluar harem ini diilhami oleh gaya timur tengah dan daripada salvar iaitu seluar turki.

Jadi kepada wanita yang muslimah boleh bergayakan dengan gaya baru dan tampil berfesyen, anda juga boleh memakai seluar ini ketika keluar berjalan dan sebagainya.

So, korang yang belum ada seluar2 ni dah boleh shopping lepas ni. Supaya korang nampak lebih fashionable.

#sasafafarara 





Comments