SUAMI PUJI SEBAB SIS DAH BERUBAH !!



Kalau boleh hari-hari sis nak shopping kan? Bayangkan bila sis keluar rumah pi shopping mall
.
Sis tak payah tengok price tag. Bila nak makan pulak sis dah tak tengok belah kanan dekat menu. Best ka best kalau  jadi macam tu?
.
Mesti la best kan..feeling orang have2. orang kata.heaven sangat.
.
Best sebab tak perlu nak mintak duit belanja selalu dekat suami kalau sis setakat nak beli lipstik 12 color saja.
.
Tapi ada ka cara untuk sis nak belanja suka hati macam tu? Sebab kalau dapat gaji kan kena berjimat & asing2 kan duit...jadi macam mana nak buat tu?

Sis boleh follow cara ni..Jom start menabung



Simpan RM10 Sehari Dapat RM3650 Setahun

Kalau sis start menabung setiap hari dari 1 Jan sampai la 31 Dec, sis dengan senangnya akan dapat kumpul RM3 650. Wow!!

Macam2 sis boleh buat dengan duit banyak tu contohnya boleh guna untuk travel ka, renovate rumah or nak beli sebundle shawl ke boleh ja.

Lagi best kalau sis deposit dalam ASB...memang banyak la dividen dia.
Dah nampak RM dekat mata tu sis...hahaha

Maybe sis rasa RM10 tu besar untuk simpan setiap hari boleh tukar dengan RM5. Nak kata susah sangat tu takda la cuma sis kena disiplin la untuk menabung ni.

CONTOH SIMPANAN:


RM10 x 365 hari = RM3650
RM3650 x 6% (Dividen ASB) = RM3869

RM5 x 365 hari = RM1825
RM1825 x 6% (Dividen ASB) = RM1934.50

Kalau rasa susah jugak boleh ja sis mula dengan RM3.

RM3 x 365 hari = RM1095.00

Sis pun boleh tolak dari gaji sis siap2 kalau rasa macam malas sangat nak menabung setiap hari, contohnya tolak RM100, RM200 or RM300 every month.

Sebenarnya boleh ikut kemampuan sis berapa banyak nak simpan every day, macam rm20 or rm50 setiap hari. So, kalau jumpa ja note ni terus simpan cepat2 jangan guna. Yang penting kuat iman & disiplin ya sis. Barulah boleh dapat hasil yang banyak hujung tahun nanti.
Selamat menabung sis!

Sumber: Nazrul Akram



Comments