RUMAH YANG BERSAWANG PUNCA CEPAT MISKIN



Siapa yang tak pernah beranggan nak jadi kaya, terkenal jutawan & dermawan sebab tu semua orang berlumba2 kerja keras untuk capai impian. Tapi kita dah bekerja keras & buat sungguh-sungguh, still tak nampak hasil tu. Mesti ada sebab yang menghalang kita untuk capai apa yang kita nak.

SEBAB UTAMA:

1. Tidak menjaga solat
Solat 5 waktu wajib tapi kalau solat tu tak cukup perlulah diperbaiki agar rezeki dimurahkan & diperbaiki. Untuk wanita jugak kena alert dalam solat bahagian dahi diletakkan kat lantai bukan di   alas dengan telekung.

2. Kalut balik awal
Terburu buru keluar dari masjid selepas solat subuh, kecuali ada urusan. Untuk wanita luangkan   masa selepas solat untuk panjangkan wirid, selawat & berzikir kepada Allah.

3. Tidak membersihkan sawang dalam rumah
Orang tua -tua selalu pesan supaya bersihkan sawang2 di dinding & celah2 meja.


4. Mengeringkan atau lap air kat muka dengan pakaian yang dipakai.
Perlu sediakan sapu tangan untuk lap air atau peluh kat muka.

5. Makan & minum dalam keadaan berjunub/hadas besar
Sebelum makan atau minum perlu mandi wajib  & bersihkan diri.

6. Isteri yang suka mencaci & memarahi suami

7. Berdiri tanpa menutup aurat

8. Tidur dalam keaddan bogel atau tak menutup aurat

9. Suka melakukan maksiat
Kalau orang yang merokok wajib berhenti sebab hukumnya HARAM.

10. Suka menyapu sampah waktu malam

11. Terlalu banyak tidur
Tidur terbaik adalah waktu zohor & selepas Isyak.

12. Duduk di pintu rumah

13. Menggunakan sikat yang rosak

14. Tak mencuci pinggan mangkuk kotor sebelum tidur malam

Jadi masa yang kita ada sekarang time PKP ni boleh la ajak 1 family buat gotong-royong kat rumah & buat aktiviti yang menarik supaya tak banyak sangat tido. Sama-sama kita baiki apa yang perlu supaya Allah limpah ruahkan rezeki kita.


Comments